Idea menu sahur sihat cara saya

 

Idea Menu Sahur Sihat Cara Saya

Assalamualaikum dan Hai!

Alhamdulillah sekarang kite dah memasuki 7 Ramadan 1444 Hijrah. Sepanjang 7 Ramadan ni, Fatin cuba amalkan sahur cara Rasulullah SAW. Rasulullah SAW menyebutkan kurma sebagai makanan terbaik untuk sahur. “Sebaik-baik sahur mukmin adalah kurma.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ibn Hibban, Baihaqi).

Mengikut kajian kesihatan, kurma mempunyai pelbagai khasiat. ianya buah yang kaya dengan berbagai nutrisi seperti antioksidan, vitamin B, C, dan K, kalsium, zat besi, serat, dan karbohidrat yang cukup untuk memberikan energi pada tubuh. Kita akan merasa kenyang lebih lama saat mengamalkannya.

Haa, sebabtulah Ramadan ni boleh membantu awak dalam menjaga berat badan! Ini kerana kurma kaya akan serat, tetapi tidak mengandung pemanis tambahan. Sebenarnya bulan Ramadan ni membantu kita untuk reset dan rest kan badan kita, supaya sel badan yang baru dapat dikeluarkan. Secara tak langsung membantu kite mencegah dari penyakit. Kurma juga merupakan makanan yang mudah dicerna. Maka tubuh mampu mengubahnya menjadi energi dengan cepat.

MashaaAllah hebat kan? Sebab tu Allah menyuruh kita berpuasa.

Janganlah jadikan ianya satu beban. Tapi take it as a chance untuk kite sama-sama reset badan kite.

To be honest dah lama Fatin nak cuba sahur air dan kurma sahaja, tapi bila tinggal bersama parents, hehe tak boleh la. Umi dah masak sedap sedapkan. Tergugat keimanan. Hehehe.

Jadi, bila dah berumah tangga dan tinggal di rumah sendiri ni, Fatin nak cubalah. Alhamdulilah Dr.N pun onzz je. Nasib dapat suami yang memahami.

Kajian oleh Para Saintis

Awak lihat gambar yang saya kongsikan diatas, apabila awak mengambil gula atau tinggi GI, insulin akan keluar dengan segera dan banyak, menyebabkan gula akan turun secara mendadak selepas 2 jam. Sebab itu selepas bersahur dengan air manis, then nasi, pukul 10am kita dah mula rasa lapar. berbanding dengan awak ambil protein atau makanan yang rendah gula. Graph dia akan mendatar. jadinya awak tidak akan merasa lapar.

Cara untuk mengelakkan cepat lapar ialah dengan tidak memakan makanan dan minuman manis ketika bersahur. Dah 7 hari Fatin cuba bersahur dengan pengambilan makanan yang low GI iaitu kurma 3 biji, air protein (sebab Fatin menyusu jadi perlukan protein untuk memastikan kualiti susu untuk Tasneem), dan segelas air kosong. Haa 3 ini sahaja.

Baca : Pengalaman Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee

Mula-mula Fatin rasa macam tak percaya tau, ye lah dah la nak menyusu lagi. Tapi MashaaAllah menakjubkan. Memang tak rasa lapar langsung sepanjang hari. Dah la sambil menguruskan anak yang berusia 4 tahun sorang dan baby 6 bulan sorang. Masak untuk mereka, main dengan mereka, buat kerja rumah, update business. Aish macam-macam lagilah, tapi tetap bertenaga.

Jadinya misi Fatin nak turunkan berat badan puasa ni nampak ada sinar lah. hehe.

Mari Fatin kongsikan antara menu yang boleh dibuat sepanjang sahur dan memberi tenaga, yang penting dengan menu ini awak mampu menjaga kesihatan awak:

Heavenly Chocolate Chia Seed Pudding

Refreshing Fruity Iced Tea

Sparkling Citrus Grape Cooler


Haa...tempting tak tengok? Ada lagi tau antara menu sahur sihat yang boleh membuka selera:

Idea menu sahur sihat Smoothie

Idea menu sahur sihat Smoothie

Idea menu sahur sihat Smoothie

Idea menu sahur sihat Smoothie


Kalau awak rasa nak cuba sahur sihat cara saya ini, awak boleh je whatsapp saya direct. Tekan je no ni 017-9208293.

#shakleethrive2023

#projekblogmega
#shakleetriumph2023

with love,

FN



Post a Comment

0 Comments