Doa bagus untuk wanita amalkan




Assalamualaikum sahabat wanitaku, 


Fatin terpanggil untuk berkongsi dengan awak, setiap kali kita berdoa,boleh tambah doa ini didalam doa awak:


1.Mintaklah pada Allah agar memberkati kehidupan ibu bapa kita, dunya akhirat mereka.


2.Mintaklah pada Allah agar kita menjadi asbab orang lain mahu melakukan kebaikan. Melihat diri kita orang lain tertawan untuk menjadi lebih baik.


3.Mintaklah pada Allah agar dipilih menjadi wanita solehah dunya akhirat.


4.Mintaklah pada Allah agar dihiaskan wajah kita dengan ketenangan dan kesenangan ketika mata-mata manusia memandang.


5.Mintaklah pada Allah agar dipilih untuk melakukan kebaikan.


6.Mintaklah pada Allah agar dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka.


7.Mintaklah pada Allah agar suatu hari nanti, rahim kita akan mengandungkan anak-anak yang akan berkhidmat untuk agama, soleh akhlaknya, indah rupanya.


8.Mintaklah pada Allah agar diberikan jodoh yang akan membawa kita menuju syurga juga berakhlak mulia(yang ni doa lama sikit nah). Menyempat..


9.Mintaklah pada Allah agar ditetapkan hati dengan kebenaran.


10.Mintaklah pada Allah agar diberikan akhlak yang baik juga sempurna.


11.Mintaklah pada Allah agar kita menjadi wanita solehah yang membangun ummah.


12.Mintaklah pada Allah agar mata kita dibenarkan untuk melihat Nabi Muhammad SAW.


13.Mintaklah pada Allah agar dimasukkan ke syurga tanpa hisab.


Mintaklah apa-apa sahaja pada malam ini, saya juga nak mintak, mohon doa rahsia daripada sahabat untuk saya.(Boleh ke macam ni?)


Mintaklah apa sahaja.


Rabiatul adawiyah pernah ditanya.

"Bagaimana aku boleh mengetahui doaku akan dimakbulkan?"


"Di saat kamu sudah mula berdoa."



Sahabat, Jom kita doa sungguh-sungguh ye?



Love,
FN

Post a Comment

1 Comments

  1. Jom kita amalkan dan doa terus menerus. Biarlah sedikit asal berterusan dan diberkati olehNya. Didoakan Allah bantu kita selalu. Aamin.

    ReplyDelete