Cara Latih Bayi Tidur |
Assalamualaikum dan Hai semua,
Actually fatin ni baru sahaja bersalin anak kedua. Dan untuk anak kedua ni Fatin tekad untuk latih dan ajar baby tidur. Sewaktu anak pertama dulu kurang terdedah sikit dengan ilmu baby ni. So, terjadilah fasa rasa burnout sangat sampai menangis sorang sorang bila terlalu penat dengan kerja and urus anak sendiri (sebab suami busy kerja hospital).
Anak pertama baby high demand, which is sangat bergantung dengan something untuk tenteramkan diri dia. So, sesuatu adalah Fatin sendiri. Dia tak boleh berada sorang sorang, tidur pun mesti nak kene tidur bersama. Satu kerja rumah pun tak boleh buat. Haha. Orang cakap baby direct feeding memang macam tu.
Tapi bila dapat anak kedua, and baby kedua pun baby high demand. So, fatin gali ilmu, baby high demand ni ada caranya untuk tenteramkan dia walaupun kita direct feeding dia. Sekarang usia baby Fatin dah 3 bulan lebih. Alhamdulillah dah boleh tidur sendiri tanpa mengempeng/ dodoi.
Waktu usia dia 0-3bulan, apa yang baby Fatin perlukan adalah bedung + white noise + dodoi.. Yang dodoi ni jenuh sebab rumah kami tiada buai, nak beli macam membazir pulak, so bergilir lah suami isteri dodoikan anak. Bhaha. Boleh sado tangan dukung dodoikan. 0-3bulan adalah fasa newborn dimana bayi belum bersedia lagi dengan keadaan sekeliling. Bedung + white noise + dodoi adalah mimic di alam rahim.
Bila anak Fatin dah genap 3 bulan, which is dah habis fasa newborn, Fatin mula beranikan diri nak ajar dia tidur tanpa dodoi. Yelah jenuh nak dodoi setiap kali nak tidur, nak uruskan anak sulung lagi, nak buat kerja lain lagi. Ada juga fatin terbaca baby high demand ni sebenarnya sampai 3 bulan sahaja. Selepas itu, dia akan slowly hilang. Namun, payah nak hilang if sikap ibu ayah yang tidak membantu anaknya untuk belajar.
Banyak Fatin belajar di page Baby Language. Mula-mula praktiskan memang baby menangis selok, then, rasa nak koyak dah nak angkat terus dan dodoikan. Tapi fikir balik this is untuk kebaikan baby dan mental helath Fatin. Tak nak dah perkara sama sewaktu anak pertama berulang kembali. Tekad kan azam jangan mengalah. Alhamdulillah, makin hari baby dah boleh adapt. Dah tak de tangisan yang selok macam sakit, sikit sikit tu biasalah. hehe.
Ni adalah point yang penting untuk prakticekan:
1. Pastikan baby dah kenyang, pampers dah tukar
2. Praktiskan sewaktu baby dah get ready untuk tidur. Bukan baby dalam keadaan yang sangat letih seba ianya akan menyukarkan lagi.
3. Bedung + white noise is a must.
4. If sewaktu proses tu baby menangis selok lebih dari 3 kali, boleh angkat sekejap untuk tenteramkan dia, then letak balik. lakukan proses yang sama. Sampailah bayi boleh tertidur sendiri.
5. Konsisten. Latihan ni perlulah konsisten untuk dapatkan hasil. Lakukan setiap kali waktu tidur, tidak kira nap atau tidur malam. (Ini jugak adalah point penting bagi yang nak wean off or potty trainning)
6. Ibu Ayah tak boleh hati tisu, anak menangis kadang dia nak uji kita, hehehe. If kite give up dengan tangisan dia then after this dia dah tahu trick dia nak menang macam mana. hehe.
Okay lah, kepada ibu ayah yang tengah praktis kan ini, Fatin harap tips yang Fatin kongsikan ini dapat membantu. I'm not expert, dan masih dalam proses pembelajaran. So kite sama sama belajar okay.
All the best semua, selamat mencuba!
with love,
FN
2 Comments
Tahniah atas kelahiran anak kedua! Hmm.. sama la anak no. 2 saya masa baby pun jenis kuat mengempeng, kalau saya takde dia menggelupur mcm tak dpt oksigen! penah satu malam ni saya penat sangat nak tido, saya suruh bapaknya bagi puting hisap je lepas dia dah menyusu dan tukar lampin tapi dia jenis keras hati melalak 2 jam tak henti2 sampai kiteorang penat dengar pastu bagi la jugak dia mengempeng. Lepas mengempeng terus tido. Sampai ke besar perangai keras hati dia (resilient) ni selagi tak dpt selagi tu la dia tak putus asa usaha sampai dapat. Mmg personaliti dia mcm tu kot hehe.
ReplyDeleteSama macam perangai anak no 1 saya....huhu sampai kebesar macam tu, selagi tak dapat apa yang dia nak, ermmm kene hadaplah dia menangis, tapi kadang kadang kesian jugak bila marah dia, ngeee
Delete