MANGO TANGO BABY CAKE



Resepi kek mudah untuk bayi tanpa menggunakan oven. Dan paling best hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Sangat sesuai la untuk ibu seperti FN. Boleh la buat dessert untuk Irsyad nanti. Resepi ni Fatin dapat daripada Instagram : MARISSAFOODJOURNAL.

Bahan-bahan
Biskut Marie / Cracker
Fresh milk / EBM
Plain Yogurt
Mango/ Buah-buahan pilihan (Kiwi/Strawberry/Blueberry dll)
Butter
Oat (Optional)

Cara-cara

Base

  • Hancurkan biskut. Boleh masukkan dalam plastik dan ketuk-ketuk bagi hancur kasar tapi jangan sampai hancur jadi debu
  • Panaskan non-stick pan dan masukkan butter. Guna api sederhana. Bila butter dah cair, boleh tutup api.
  • Masukkan biskut dan gaulkan.
  • Sediakan bekas dan masukkan biskut tadi dalam bekas. Mendapkan biskut menggunakan belakang sudu. 
  • Masukkan ke dalam peti sejuk kira-kira 15 minit supaya menjadi keras sedikit
Topping
  • Blend : Satu sudu plain yogurt, buah mangga, biskut, fresh milk/EBM, oat (rendam sekejap dengan air suam supaya oat lembut kemudian tapiskan. Ambil oat sahaja, air boleh buang
  • Keluarkan base yang kita dah sejukkan tadi. Kemudian tuangkan topping yang dah blend keatas base tersebut.Atas topping tu, boleh taburkan biskut hancur ke, buah ke, oat ke. Ikut kesukaan dan kretiviti.
  • Tutup bekas yang dah siap tadi dan masukkan kedalam freezer. Biarkan selama 3- 4 jam.

Menurut owner resepi ni, actually dia ikut resepi untuk buat oreo cheese cake. cuma dia tukar je cream cheese kepada yogurt. Fatin da beli bahan-bahannya. Tak sabar nak buat untuk Irsyad!

Jom layan video dari owner resepi ni. Lagi buat Fatin tak sabar nak try.





Post a Comment

0 Comments