Cara semak pembatalan produk kosmetik oleh KKM

 

Cara Semak Pembatalan Produk Kosmetik Oleh KKM

Assalamualaikum dan Hai!

Okay hari ni Fatin nak share dengan awak semua cara semak pembatalan produk kosmetik oleh kkm yang mengandungi barang terlarang.

SubahaAllah Alhamdulillah, sangat mudah. Awak hanya perlu klik sahaja link ini Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik

Kebanyakkan produk yang dibatalkan oleh KKM adalah yang mengandungi racun yang berjadual. Antaranya Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin, Miconazole,  Clotrimazole, Clindamycin, Metronidazole, Diphenhydramine, Chloramphenicol, Sulfamethoxazole, Trimethoprim, Ketoconazole, Chlorpheniramine, Griseofulvin, Metronidazole, Sulfamethoxazole, Trimethoprim  dan Betamethasone 17-Valerate.

Itu hanyalah sebahagian yang saya kongsikan, awak boleh klik pautan yang Fatin kongsikan di atas. Nasihat untuk awak dan saya sebelum awak nak beli sesuatu produk skincare, awak boleh mintak details senarai kandungan di dalam produk. Selalunye kite mintak testimoni sahaja kan? Awak perlu ubah konsep, awak mesti tahu apa kandungan yang digunakan didalam produk untuk keselamatan dan kesihatan awak.

Pada Fatin ilmu ini bukan terhad kepada specialist sahaja perlu belajar, tetapi kita semua perlu tahu. Jika setiap perkara yang kita lakukan dengan ilmu, baru lah kita akan yakin dan selamat dari perkara yang tak diingini.

Macam Fatin dulu, memang jahil sangat ilmu kesihatan kulit ni, jadinya pernah menjadi mangsa produk merkuri. Nak tak Fatin share pengalaman Fatin dengan produk merkuri?

Fatin harap info yang Fatin kongsikan ini membantu awak. Okay sehingga berjumpa lagi.

Sekiranya awak berminat untuk dapatkan Youth Skincare, atau sebarang produk Shaklee, awak boleh whatsapp ini 017-9208293.

Signing off,
with love,
FN

Post a Comment

6 Comments

  1. sangat bagus entri ni. Jangan suka2 guna produk tak tahu ujung pangkal. Yang cantik boleh jadi buruk sebab tak ada kelulusan kkm

    ReplyDelete
  2. Betul sangat fatin, mesti kena ambil tahu serba sedikit tentang kandungan skincare yang nak diguna, bukan main guna je. sekali tak tahan dengan kulit, jenuh nanti

    ReplyDelete
  3. Ohh wowo....this is so so useful informative, will save this for my next KKM checking. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. wah,tq sharing..betul tu,memang kena alert bab ni sebab kalau alpa erm…sakit tu tanggung sendiri…merana wo

    ReplyDelete
  5. Bagus ni kena selalu alert dengan kosmetik yang diluluskan oleh KKM Kalau tak nak rawat muka tu makan modal yang mahal...

    ReplyDelete
  6. Scary sgt dgn produk2 timbang kilo yg main letak saja bahan terlarang tanpa rasa bersalah. Bagus ada website kkm nak check produk yg telah diharamkan penjualannya.

    ReplyDelete