Turunkan Berat Badan Dari Saiz L - S (Part 1)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Okay post kali ni Fatin nak ceritakan macam mana Fatin boleh turunkan berat badan dari saiz L kepada saiz S sebanyak 13kg dalam hanya 3 bulan sahaja!

Ada tak yang baca entry Fatin ni tengah mengalami masaalah berat badan yang berlebihan? If yes, so this is for you. 

Ni dah saiz S, badan rasa ringan


Dulu lepas je dapat kerja sebagai Quantity Surveyor di sebuah syarikat swasta, Fatin mengalami kenaikan berat badan yang agak mendadak tanpa disedari! Memang betul betul syok sendiri. Sampailah satu hari tu, Fatin ngan Umi memang selalu tukar tukar baju sebab saiz kiteorang selalunya sama je iaitu saiz M. Then, one day tu Fatin ngn Umi beli tshirt sesama, bila try di fitting room Fatin tak muat baju saiz M, terpaksa beli saiz L, manakala Umi still saiz M.

Time tu baru tersedar bila banyak baju dah tak muat, huhuhu.

Ni sewaktu Fatin naik badan 67kg

Kalau tengok gambar di atas ni, ni waktu berat badan 67kg, kebanyakkan baju semua yang besar besar free saiz. Sebabkan boleh lagi pakai baju yang free saiz, so kesedaran tu tak berapa nak terasa sangat, ada tapi macam tak pelah. bhahaha!

Sampailah kesedaran untuk turunkan berat tu datang sungguh bila ada orang tegur,

"Fatin, ko control sikit, badan tu dah naik,"

Then Fatin sendiri pun rasa mengah bila naik turun tangga. So dari situlah bermulanya diet journey untuk kuruskan badan dari saiz L kepada saiz S.

To be honest Fatin punya diet tak delah sampai tak makan langsung atau tak makan nasi langsung. Fatin still makan nasi macam biasa. 

Alhamdulillah, ni dah turun berat 54kg

Sungguh rasa nikmat bila dapat turunkan berat badan, rasa ringan sangat, mudah untuk buat kerja dan ibadah. Dan yang paling bonus yang fatin perasan adalah kulit muka pun nampak bright dan tak kusam.

Okaylah, untuk cara turunkan berat badan yang Fatin buat, Fatin akan share dalam next entry ye.

See you again.

with love,
FN

Pengedar Shaklee Putrajaya

Pengedar Shaklee Bangi

Pengedar Shaklee Kuala Lipis

Post a Comment

2 Comments