Kurus Dengan Cara Intermittent Fasting

 



Assalamualaikum semua!

InshaaAllah lagi beberapa bulan nak puasa dan raya kan? Mesti ramai yang target nak turunkan berat badan sebelum raya. Terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin akan mengalami perubahan tubuh khususnya kenaikan berat badan. Ye lah waktu mengandungkan macam macam mengidamnye. 

Sebenarnya ada banyak cara dan diet yang boleh bantu awak turunkan berat badan dengan selamat. Okay, hari ni Fatin nak share satu cara yang boleh bantu awak turunkan berat badan dengan selamat iaitu dengan diet Intermittent Fasting. Oh ye, Lisa Surihani pun turunkan berat badan dengan intermittent fasting.

Apa itu intermittent fasting? Intermittent fasting atau kite panggil ia dengan diet puasa. Makna kata kite berpuasa makan dalam tempoh tertentu tapi masih boleh minum. Dan awak juga tiada pantang larang nak makan apa. Haa bestkan? Selalunye kalau macam diet karbo ke rendah lemak ke, awak mesti akan cepat lapar. Tapi intermittent fasting ni awak boleh je makanan yang awak suka cuma berpuasa dalam tempoh tertentu. Ianya lebih kepada mengatur pola makan awak.

Awak jangan risau, cara kurus dengan intermitten fasting ini selamat, Fatin dan rujuk di page laman hellodoctor. 

So, macam mana cara nak buat intermittent fasting ni? Haa, ada beberapa kaedah sebenarnya. Di sini Fatin nak kongsikan 3 kaedah intermittent fasting yang sering orang buat:

Kaedah 16/8

Kaedah ini yang paling popular lah dan normally yang baru nak start buat. Jadinya awak boleh berpuasa 16jam dan 8jam makan. Contohnya, awak boleh makan dari pukul 12 tengah hari hingga 8 malam, kemudian diteruskan kepada puasa selama 16 jam. Intermittent fasting selama 16jam.

Kaedah Eat-Stop-Eat

Kaedah ini pulak awak stop makan dalam tempoh 24jam untuk beberapa hari dalam seminggu. Bukan tiap tiap hari tau. Contoh, awak berhenti mengambil makanan dari waktu makan malam ini hingga ke waktu makan malam berikutnya. Kalau awak nak try cara ni, awak kena buat berperingkat-peringkat ye. Mungkin la lepas awak buat intermittent fasting 24jam tu , then awak boleh kembali ke kaedah pertama tadi 16/8.

Kaedah diet 5:2

Apa maksud 5:2 ni? Haa 5 hari makan macam biasa normal, intermittent fasting 2 hari pulak awak cut 25% dari jumlah kalori normal. So, dalam kira-kira 500-600 kalori dalam sehari. Awak intermittent fasting untuk 2 hari lah dengan cut calorie.

Jangan rasa stress tau nak buat ni, awak happy happy je, buat slow slow. InshaaAllah akan dapat results nye.

Tips tambahan yang awak boleh apply untuk intermittent fasting ni:

  • Banyakkan minum air kosong, ikut keperluan badan sebab setiap orang tak sama. Yang penting pastikan badan sentiasa dehidrasi.
  • Lakukan intermittent fasting waktu malam, sebabnye awak tidur so, mudah untuk puasa.
  • Jangan fikir pun waktu puasa ni waktu untuk awak berlapar. Fikir waktu ini adalah waktu tubuh awak istirehat daripada makan. Kesian tubuh kan asyik bekerja nak hadamkan makanan yang kite asyik makan tanpa henti.
  • Awak boleh juga buat intermittent fasting ni waktu awak sibuk bekerja, sebab perhatian awak akan beralih kepada kerja daripada makan. Haa betul tak? Kadang-kadang mindset je, kalau asyik fikir makanan memang lapar lah memanjang.

Bagi yang nak try kurus dengan cara intermittent fasting ni Fatin ucapkan all the best! InshaaAllah awak pasti boleh. Fatin pun ada juga baca entry dari Kak Yunie tentang intermittent fasting ni. Sangat menarik. Awak boleh klik nak kurus dan sihat dengan amalkan Intermitten Fasting nak tahu lebih lagi okay. 

Selamat Memcuba!


with love,

FN

Pengedar Shaklee Putrajaya

Pengedar Shaklee Bangi

Pengedar Shaklee Kuala Lipis

Post a Comment

0 Comments