Pengalaman ujian Pap Smear di KKIA

 

Pengalaman Ujian Pap Smear di KKIA

Assalamualaikum dan Hai!

Hari ni Fatin nak kongsi dengan awak semua pengalaman ujian Pap Smear di KKIA yang baru je Fatin buat. To be honest dah bertahun tangguh, hehe. So, macam mana nak buat pulak kali ni?. Dulu selepas lahirkan anak sulung, Fatin tak continue check up baby di KKIA, Fatin buat vaksin baby di Klinik Pakar Kanak-Kanak Kwan je. Sebab mudah boleh pergi time cuti then ye lah anak first, banyak tak tahu, boleh tanya pakar terus dah alang alang pergi check up kan. Tambahan pulak KKIA Putrajaya ramai orang, malas nak bersesak dengan musim Covid nye time tu. Jadinye terlepas lah buat ujian Pap Smear tu.

Bersalin anak kedua ni, Fatin follow up check up baby di KKIA Kuala Lipis. Best sangat buat follow up kat sini sebab tak ramai orang, 10-15minit dah siap. Tak bersesak. Bila buat follow up KKIA ni, memang nurse suruh buat ujian Pap Smear. Waktu tu Fatin bawak baby check up 4 bulan. Then tiba-tiba dia ajak buat ujian Pap Smear sebab Fatin tak pernah buat lagi. Allahu cuak sangat!! Sebab trauma kene seluk check bukaan tak habis lagi. Tiba-tiba pulak nak buat ujian Pap Smear nak kene seluk seluk lagi. Fatin pun request lagi sebulan time check up baby 5 bulan, huhu sebab ku tidak bersedia lagi. For me mental fizikal mesti bersedia, bhaaha. Nasib nurse okay cakap boleh buat bulan depan.

Tibalah bulan depannye masa untuk buat ujian Pap Smear. Allahu seram sejuk dah ni. Dengan bawak anak-anak sendiri lagi pergi KKIA takde peneman. Daku pasrah dan serahkan diri je. Bukan setakat takut nak kene seluk, tambah segan lagi nak tunjuk 'private part' kat nurse. Walaupun dah bersalin dua kali perasaan malu dan takut masih ada ye.

Ini lah alat yang digunakan untuk buat ujian Pap Smear tu.

Nampakkan alat yang warna putih yang macam mulut itik tu. Itulah alat yang akan dimasukkan ke dalam vagina nak bagi bukaan supaya servik dapat dilihat dan mudah untuk ambil sampel. Fatin kan pergi KKIA dengan dua-dua anak. So, masuk je bilik procedure, ada nurse volunteer pegang baby. Sebelum procede, Fatin request dulu untuk buang air kecil. Alhamdulillah nasib baby beri kerjasama tak menangis. Kalau tak haru jugak.

So, lepas dah buang air kecil, nurse mintak tanggalkan seluar dalam dan baring atas katil macam nak bersalin tu. Then, tarik nafas, relax je supaya muscle-muscle kat bawah tu relax je. Baru masukkan yang macam mulut itik, dipanggil spekulum. Sebelum tu nurse ada cakap kat Fatin, saya gunting sikit ye. Allahu dalam hati dah mengucap seram. Rasa la sakit sikit macam semut gigit macam tu. Lepas tu, sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel. Sampel yang nurse ambil tu akan disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.

Procedure Ujian Pap Smear 

All done! Haha. Alhamdulillah, kejap je. Anak-anak pun beri kerjasama sepanjang procedure tu berlangsung. Tapi yang si sulung ni, dia ada sekali tau, sikit-sikit dia tanya, "Mama, is it hurt,?" Aduh, kite dahlah tengah berdebar, dia boleh tanya dan nak kite jawab persoalan dia. Nurse beritahu keputusan ujian Pap Smear akan dapat dalam masa sebulan.

Awak boleh juga baca apa itu ujian Pap Smear dari page doctor oncall ini. Semoga perkongsian pengalaman ujian Pap Smear di KKIA yang Fatin buat ni dapat membantu awak. Ada yang dah buat? boleh share pengalaman awak.

Signing off,

with love,

FN

Pengedar Shaklee Putrajaya

Pengedar Shaklee Bangi

Pengedar Shaklee Kuala Lipis

Post a Comment

0 Comments