Resipi biskut kurma baby

 

Resipi Biskut Kurma Baby

Assalamualaikum dan Hai!

Okay memandangkan Tasneem dah nak masuk 7bulan, jadinya Fatin dah mula nak riki-riki resipi apa yang sesuai untuk dia.

Erm, memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan, jadinya banyaklah kurma di dapurkan. Fatin terfikir untuk buat biskut kurma. Daripada beli di kedai mahal jugak. Satu balang dalam RM23.00. Erm, baik buat sendiri setelah search cara buat dan bahan-bahan yang di perlukan.

Alhamdulillah semua bahan dah ada di dapur. One more thing, Fatin tak de mixers yang nak buat kek tu tau. Cuma guna sudip je pukul butter semua tu. hehe. Senang sangat. Fatin rasa awak pun boleh buat juga.

Okay mari Fatin kongsikan:

Bahan-Bahan:

  1. Unsalted butter (125 gram)
  2. Kurma (7 biji)
  3. Tepung Gandum tanpa peluntur (1/2 cawan)
  4. Tepung Jagung (1 cawan)
  5. Acuan
Cara-cara:


Pukul unsalted butter sehingga tiada ketulan



Masukkan kurma yang telah di steam dan blend, kacau rata


Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sehingga kacau rata. Tepung jagung ini berfungsi untuk "melt in mouth"

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lekat di tangan.

Uli doh menggunakan tangan sehingga semua rata

Leperkan adunan didalam tray yang bersih, dan bentukkan mengikut kesukaan awak.. Disebabkan saya tiada acuan, maka saya potong sahaja.

Hehe, saya pun tiada oven. Maka air fryer lah pilihan yang ada untuk membakar.

Tada! Alhamdulillah menjadi. Baunye semerbak harum. Dr.N pun puji cakap sedappp.


Rasa macam seronok pulak ye masak memasak ni. Lepas ni macam nak try buat cheese kurma la pulak. Haaa, nantikan resepi dari saya ye.


with love,
FN

Post a Comment

0 Comments