Shell Out resipi Che Nom


Shell Out Resepi Che Nom

Assalamualaikum dan Hai!

Homemade Shell Out!

Okay, ni merupakan first attempt Fatin buat sendiri shell out, resepi che nom tau. Alhamdulillah menjadi!

Cerita dia macam ni, Dr.N tetiba teringin nak makan seafood sebelum start bulan puasa. Jadi Fatin pun tawarkan diri untuk buat sendirilah dari pada beli di kedai. Buat sendiri ni kite boleh buat ikut cita rasa kita.

Jadi Fatin pun googlelah resepi shellout yang nampak sedap dan senang. Dan akhirnya resepi shell out Che Nom yang menjadi tarikan Fatin untuk cuba kerana Che Nom ada buat sotong celup tepung.

Okay kat sini Fatin kongsikan resepi Che Nom ye.

Bahan-Bahan:

  • Brokoli (1 tangkal)
  • Jagung (2 batang)
  • Karot (1 biji)
  • Lemon (1 biji)
  • Limau nipis (1 biji)
  • *Bawang merah besar (1-2biji)
  • *Bawang merah kecik (3-4biji)
  • *Bawang putih (6ulas)
  • *Halia (1 inci)
  • *Udang kering (1 sudu besar)
  • *Cili kering (10-15tangkai)
  • Ketam (1 kilo)
  • Udang laut (1/2 kilo)
  • Lala (1 kilo)
  • Sotong (7-8 ekor)
  • Kerang (1 kilo)
  • Butter (80gram)
  • Daun Kari (2 tangkai)
  • Serai (1 batang)
  • Serbuk Kari (1 1/2 sudu besar)
Cara-cara :

Persediaan:-
  • Potong brokoli bahagian pangkal dan belah agak agak sama besar. Basuh dan rendam dengan air cuka.
  • Potong jagung kepada 3 bahagian.
  • Potong carrot bentuk 3 segi (awak boleh tukar sayur apa apa yang awak suka, baby corn, capsicum, tak kesah apa pun)
  • Lemon, potong dua. Separuh untuk hiasan, separuh untuk perahan terakhir.
  • Limau nipis, guna untuk perap sotong
  • *Bawang merah, bawang putih dan halia, potong kasar
  • *Basuh udang kering
  • *Blend kasar cili kering untuk buang biji, then rendam dengan air panas sehingga cili lembut
  • Kisar semua yang bertanda *, kalau perlu tambah air sedikit. Kisar halus
  • Bersikan ketam, belah dua
  • Trim udang ikut cara yang awak suka
  • Lala basuh sikit bilas bilas air dah cukup
  • Sotong potong bulat dan buang punat di kepala, boleh perapkan dengan asam limau nipis
Kerang:-
  • Bersihkan kerang, masuk dalam periuk berserta satu ulas bawang merah dan putih hiris nipis dan masukkan air setengah cawan sahaja. Masak 10-15 minit atau sampai kerang masak.
  • Panaskan air dalam periuk besar, masukkan garam secukup rasa, biar rasa masin air tu. Air perlu banyak senang nak celur celur.
Celur:- 
  • Jagung, tutup periuk biar sampai mendidih. Bila mendidih, warna jagung dah kuning, masukkan
  • Karot, bila dah jagung dan karot masak dan lembut, masukkan
  • Brokoli, cuma 15-20 saat sahaja, then angkat rendam dalam air sejuk untuk kekalkan ranggup dan kekalkan warna brokolli hijau cantik.
  • Dah angkat brokoli, angkat jagung dan karot.
  • Sebelum celur seafood, boleh masukkan lada hitam (optional)
  • Masukkan ketam. Tak perlu lama dalam seminit sahaja. Bila warna hitam dah bertukar merah dah boleh angkat.
  • Masukkan lala, bila isi lala dah masak dah boleh angkat.
  • Masukkan udang, tak kesah apa jenis udang, asalkan seafood itu fresh. Bila kulit dah bertukar merah terus angkat. Jangan celur lama, nanti keras.
  • Dah siap rebus. Air rebusan jangan buang, ketepikan dahulu.
Kuah:-
  • Panaskan 1 cawan minyak
  • 80g butter
  • Tumis serai serta 2 tangkai daun kari, bila dah naik bau,
  • Masukkan bahan kisar tadi *
  • Masukkan serbuk kari 
  • Masukkan air kocak blender, guna air rebusan. Asingkan dalam 2,3 cawan, sebab setiap kali pecah minyak masukkan secawan.
  • Bila dah masak elok, masukkan gula sedikit, 2 sudu besar sos tiram, 3 sudu besar sos cili. Sambung renehkan sambal dalam 10minit. Boleh tambah garam/perasa jika perlu.
  • Masukkan semua seafood yang dicelur tadi. Tutup api dan perah setengah jus lemon tadi
Sotong Goreng:-
  • Gaulkan sotong dengan 1/2 sudu kecil garam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, gaul sebati.
  • Dalam mangkuk berasingan, 1 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung jagung, sedikit garam, 1 sudu kecil lada sulah, 1/2 sudu kecil lada hitam, 1/2 sudu serbuk cili dan 1/2 sudu besar serbuk kari, 1 sudu kecil serbuk pati ayam. Gaul sebati.
  • Pecahkan telur, ambil yang putih sahaja. 
  • Masukkan adunan tepung tadi dalam 3 sudu ke dalam bekas lain, kacau dengan putih telur dan air sedikit. Kacau sampai jadi pes sederhana cair. Masukkan sotong dan gaul sekata
  • Then, masukkan dalam adunan tepung dan terus goreng. Minyak pastikan betul-betul panas. Sebab nak masak sekejap sahaja.
Inilah hasilnya. Ikan siakap tu Fatin tambah sendiri je hehe.

Okay ni video masak dari Che Nom sendiri, awak boleh tengok untuk rujukan.



So hari tu kite cheat sikit lah, memang makan banyak giler! Ingatkan naik lah berat sikit. Eh alih alih dia turun pulak 200gram 🙈 haha. Ku sangka naik 500gram.

Eh happy ke happy sangat? Bestkan diet dengan FBM ni ☺️

with love,

FN

Pengedar Shaklee Putrajaya

Pengedar Shaklee Bangi

Pengedar Shaklee Kuala Lipis

Post a Comment

6 Comments

  1. memang tak dinafikan shell out ni sedap. Kalau saya tak boleh makan kat luar sebab saya sensitif udang. Udang laut je boleh makan.. eeeee

    ReplyDelete
  2. Wah! sedapnyer. boleh cuba masak untuk berbuka nanti. resepi che nom memang tak pernah menghampakan.

    ReplyDelete
  3. Wowo...love this shell out recipe from you as I love shell out a lot, so can cook myself now . Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  4. Wahhh sedapnya ... Buat sendiri lagi puashati pasal Kita adjust ikut selera Kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. Tengok pun tau sedap ni.. menjadi betul ikut macam resepi shell out che nom buat tu.

    ReplyDelete
  6. Resepi dari Che Nom ni antara yang mudah untuk dicuba..dia mcm KA jugak memang level beginner pun senang nak buat.. shell out ni makan dengan nasi panas-panas memang berselera! oh ya, jemput join segmen di blog yong ya! https://www.bondezaidalifah.com/2023/03/inlab-senz-smart-home-cinema-projector.html

    ReplyDelete