4 Tips kurus dengan cepat dan selamat yang saya amalkan


 

4 Tips kurus dengan cepat dan selamat yang saya amalkan

Assalamualaikum dan Hai!

—🍃

Overweight itu sejarah silam saya.

Okay bercakap pasal gemuk atau overweight itu adalah satu nightmare bagi semua para wanita kan? Fatin tak terkecuali dari itu. Fatin pernah capai berat overweight sampai berat 67kg! Haha sikit lagi nak obess tau.

Kalau pergi ziarah kenalan, adalah yang cakap "makin sihat ye sekarang" . Uish perkataan tu sebenarnya sangat buat Fatin rasa down dan malu. Bilamana ada masaalah berat badan ni, secara tak langsung akan ada masaalah kulit muka juga.

Ni lah sewaktu Fatin mengalami masaalah berat badan overweight nak obess dah. Pipi chubby betul! kulit pun kusam

Dah bermacam-macam tips yang Fatin cuba untuk kurus dengan cepat. Senaman tak usah cakap lah. Malam-malam time semua orang tidur, Fatin akan workout dalam bilik. Tapi end up tak dapat results yang diinginkan. Sehinggalah Fatin terbaca satu artikel bahawa untuk turunkan berat hanya perlu 80:20. 80% dari pemakanan dan 20% dari senaman.

Bila Fatin fikirkan balik, pemakanan Fatin memang tak jaga. Setiap hari akan makan pastry. Ye lah balik kerja dari Putrajaya ke Kajang kan makan masa 1 jam kalau jem teruk. Jadinya Fatin akan makan pastry sebagai isi masa sambil jem. Bukan satu pastry, dua tiga! Huhu. Tak cukup dengan tu, kalau sampai office pagi-pagi tu kan mesti nak beli makanan macam nasi lemak dan kuih muih, makan sambil tunggu office nak bukak. Padahal bukan lapar pun. Saje nak mengisi masa lapang bhahaha. Erm dapatlah padahnye berat naik mendadak. Makan nasi pun menambah-nampah. Bila menambah-nampah, perut akan memberi dan akan hantar signal kepada otak untuk tambah makan lagi.

Bila dah frust sangat mula terfikir nak makan ubat kurus la, macam macam lagi la sebab nak kurus dengan cepat tanpa memikirkan kesihatan. Nasib baik tak terpengaruh.

—🍃

Nak naik berat senang. Nak turun berat pun senang.

Apa yang Fatin buat untuk kurus dengan cepat sangat effortless. Dan for me, I think I need to share this with all women yang mengalami masaalah yang sama macam Fatin. Alhamdulillah dari 67kg, Fatin berjaya turunkan berat sehingga 54kg dalam masa 3bulan. Dan bagi Fatin cara ini sangat terbukti kerana Fatin tidak rebound balik kepada berat overweight yang dahulu.

Kalau awak ada follow Khairul Aming, Khairul Aming pun ada ceritakan dalam video dia kan journey Khairul Aming turunkan berat tapi berat badan rebound balik malah lebih berat dari waktu dia overweight dulu. Ini kerana dia memang diet yang cut habis. Semua benda tak makan. Kite sebenarnya tak boleh lari dari makanan malaysia yang memang sedap dan lazat kan?

Ini adalah 4 tips yang Fatin amalkan untuk kurus dengan cepat dan selamat

Cut Sugar 100%

Tips yang petama ini sangat penting, sebab gula adalah punca utama kepada masaalah kenaikan berat badan dan kulit wajah.  Gula ni terdapat didalam makanan kuih-muih, kek, minuman 3 in 1, minuman bergas, air yang bergula/susu manis.

Apabila kita memasukkan gula kedalam badan kita, proses pembakaran lemak secara semulajadi yang sepatutnya untuk menghasilkan tenaga akan terhenti disebabkan gula yang dimasukkan tadi dibakar oleh badan dan memberi tenaga kepada badan kita. Jadi gula ini telah mengambil alih secara tidak langsung proses semulajadi badan kita menghasilkan tenaga dari lemak.

Gula ini juga menyebabkan kita ketagih untuk makan atau minum makanan/minuman yang tidak sepatutnya diperlukan oleh badan seperti - kek, pencuci mulut, manisan atau minuman yang manis. Disebabkan ketagihan gula tanpa sedar "sugar craving" inilah kita banyak makan makanan yang tidak sihat dan menyebabkan badan kita gemuk dan mengelebeh. 

•Makan suku-suku separuh

Fatin tetap makan suku-suku separuh pada waktu tengah hari. Makan macam biasa je, Fatin makan nasi, ikan goreng, ayam goreng, sambal, sayur tumis dan lain lain. Sama sahaja dengan kawan-kawan makan. Yelah sebab keluar makan dengan kawan kawan kan. Takdelah kite je yang pelik makan makanan diet. Apa yang penting adalah portion makan. Cukup satu pinggan suku-suku separuh. Air pula hanya air kosong.

Haa, ini lah yang dikongsikan oleh Khairul Aming, beliau memang cut habis. Just makan oat, salad macam tu. Then bila dah dapat berat ideal. Mula terasa teringin nak makan makanan yang dah lama tak sentuh. Dan mula lah menambah-nambah. Ini kerana badan culture shock dengan pemakanan kite. I told you, makanan Malaysia ni sedap, kalau tak makan tu rugi sangat, hehe. Kemana-mana pergi pasti takkan lari dari makanan Malaysia.

Awak boleh rujuk piramid makanan dari KKM, sebagai panduan makanan harian.

Yang pasti Fatin akan last makan untuk hari tersebut adalah pada jam 5-6 petang. Time tu tak tahu lagi pasal diet intermitten fasting apa. Tapi memang Fatin stick to that, makan pagi 8-9 pagi, Makan tengah hari 1-2 petang dan makan malam 5-6 petang. Timing makan mesti tepat supaya badan dapat bakar insulin dengan baik.

Kaedah yang saya amalkan suku-suku separuh.

Awak boleh baca : Kurus dengan cara intermitten fasting

•Senaman

Senaman ni takdelah hari-hari Fatin buat, cuma 2-3kali seminggu sahaja. Senaman yang Fatin buat pun tak heavy sangat. Hanya berjalan/berlari sekitar 30minit sehari.

MashaaAllah lepas je bersenamkan, badan akan rasa segar, ringan dannn kulit wajah pun nampak glow glowing! Ini kerana degupan jantung meningkat dan melancarkan aliran darah. Amalan ini membantu menyalurkan oksigen, nutrisi, meningkatkan penghasilan kolagen dan penghasilan sel baru. Ini bukan saja membuatkan kulit nampak glowing, malah awet muda sentiasa.

•Positive Komuniti

Fatin memang join group positive komuniti untuk turunkan berat badan. Disana kite tidak akan rasa berseorang dalam journey turunkan berat badan. Tambah banyak tips-tips yang dikongsikan. Dan tak lupe juga banyak menu sihat yang boleh diambil dari group.

Motivasi dan support sistem ni sangat penting dalam journey nak turunkan berat badan. Bila berseorangan kite akan rasa cepat down bila lambat turun dan mula lah give up ditengah jalan. Untuk turunkan berat badan bukan mengambil masa seminggu dua tau. Nak turunkan 10-15kg ni memerlukan masa paling cepat pun 3 bulan. Ni selamat supaya badan tak rebound balik kepada berat asal atau lebih lagi.


Ini adalah group yang Fatin join sekarang untuk misi kurus Raya 2023

Eh berat badan Fatin naik balik ke? Hehe actually lepas bersalin anak kedua tu, berat Fatin naik sikit. Cuma tak naik sampai overweight lah. Still dalam range normal. Cumanya baju dulu saiz S ada yang tak muat pakai. Jadinya Fatin nak berjimat raya ni, nak pakai je baju dulu. Hehe. Maka Fatin join komuniti Projek Kurus Raya 2023. 

Berat 3 hari sebelum puasa Ramadan 2023



Alhamdulillah 20 Ramadan 2023, nampak penurunan disitu. Baju lama pun dah muat kembali.

Untuk misi kurus kali ni Fatin ada ambil tambahan vitamin untuk top-up nutrisi yang diperlukan, ini kerana Fatin masih menyusu badan. Jadi untuk memastikan Tasneem cukup kualiti susu Fatin ambil vitamin supaya susu yang dibekalkan kepada baby cukup khasiat. Vitamin yang Fatin ambil adalah dari Set Shaklee Hello New You. 

Awak boleh baca details penerangan disini : Set Shaklee Hello New You bantu turunkan berat badan

Untuk yang Ibu yang menyusu badan awak boleh cuba yang ini : Vitamin ibu menyusu bulan puasa dan boleh turunkan berat badan

Awak mungkin meminati ini : Coach Gula ada terangkan, bagaimana cut sugar ni boleh bantu Kurus Dengan Cepat.

Tak sabar pulak nak beraya dengan berat badan baru selepas bersalin ni. Awak yang nak tahu lebih info boleh contact je Fatin okay, 017-9208293.

Have a bless day!

with love,
FN
Pengedar Shaklee Putrajaya
Pengedar Shaklee Bangi
Pengedar Shaklee Kuala Lipis

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Post a Comment

2 Comments

  1. waaaahhhh bestnya baca journey fatin mudahnya cut sugar. saya nak kena cuba jugak cut sugar ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, inshaaAllah mula mula memang susah, tapi lama lama dah biasa. akan hilang addicted tu

      Delete