Resipi Chicken Feet Stock (CFS) untuk baby

 

Chicken Feet Stock (CFS) untuk baby

Assalamualaikum dan Hai!

Memandangkan baby Fatin dah masuk 7 bulan, jadi hari ni Fatin nak kongsi dengan awak semua resipi Chicken Feet Stock (CFS) untuk baby. CFS ni sebenarnya banyak khasiat untuk baby tau. Antaranya :

  • Melancarkan penghadaman
  • Menyokong sistem saraf
  • Kesan yang baik kepada rambut, kulit dan kuku
  • Baik untuk fungsi otot
  • Sumber protein yang baik
  • Lemak yang baik
  • Menguatkan imuniti badan
  • Makanan yang baik untuk otak
  • Memberi kesan yang menenangkan
Haa, banyakkan manfaat dari CFS ni. Hehe walaupun Fatin tak makan kaki ayam tambah lagi memang geli nak pegang huhu. Tapi demi anak daku sanggup pegang. ngeee.




Mari Fatin kongskan resipi chicken feet stock ini. Mudah je ibu ibu. 

🥣 Bahan-bahan:
  • 🐔1kg kaki ayam
  •  🧅1 biji bawang holland - potong baji
  •  🧄5 ulas bawang putih
  • 🥕1 lobak merah
  • 🍅 2 biji tomato - potong baji
  •  🥬 2 rusuk saderi - potong saiz kecil
  • ♦️1 sup bunjut
  • ♦️1 batang kayu manis
  • ♦️3 biji lawang
  • ♦️3 biji pelaga
  • ♦️3 biji cengkih
👩🏾‍🍳 Langkah:
  1. Bersihkan, bilas, dan potong dan buang hujung kuku.
  2. Rebus kaki ayam pada mulanya selama 5 minit dengan mendidih atau masukkan kaki ayam ke dalam periuk besar dan tutup dengan air mendidih. Rebus selama 5 minit.
  3. Toskan kaki ayam sepenuhnya. Bilas dengan air sejuk supaya kaki cukup sejuk untuk dikendalikan.
  4. Letakkan kaki ayam dalam periuk besar yang bersih. Isi dengan air sejuk untuk menutupi kaki dengan satu inci.
  5. Masukkan semua bahan di atas.
  6. Biarkan mendidih, segera turunkan suhu kepada rendah. Tutup sebahagiannya, biarkan kira-kira setengah inci atau lebih, dan biarkan stok masak dalam keadaan reneh, selama 4 jam.
  7. Tapis stok untuk dapatkan CFS, bekukan (dulang kiub ais)
  8. Kisar baki baki dan ayak untuk mendapatkan Chicken Feet Cube (CFC) dan bekukan (dulang ais kiub)


Awak boleh menambah CFC/CFS untuk khasiat, atau gunakan semasa memasak makanan baby sebagai penambah perasa.

Selamat Mencuba!

with love,
FN


Post a Comment

0 Comments