Testimoni Shaklee saya : Kehamilan menggembirakan, melahirkan bayi yang sihat

Testimoni Shaklee saya : Kehamilan menggembirakan, melahirkan bayi yang sihat



 Assalamualaikum dan Hai!

—🍃

Kehamilan menggembirakan, melahirkan bayi yang sihat


Kali ni Fatin terpanggil untuk ceritakan kisah kehamilan Fatin yang ke dua. Hehe, tak pernah lagi tau Fatin cerita ni. Jadinya, teringin nak berkongsi testimoni Fatin sendiri selepas merasai perbezaan pengalaman hamil tanpa vitamin Shaklee untuk anak yang pertama sebelum ini dan selepas hamil anak ke-2 dengan vitamin Shaklee untuk kehamilan.


Buat bakal-bakal ibu, bersalin bukanlah satu proses yang mudah seperti masuk bilik bersalin, terus meneran dan lahirlah si comel. Hanya ibu-ibu yang sudah mengalaminya mengetahui. Dan setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza.


Hakikatnya ia 1 proses yang memakan masa dan memerlukan wanita hamil untuk sentiasa bertenang dan bersabar selama 9 bulan 10hari!


Sepanjang kehamilan anak ke-2, Fatin ambil Set Hamil Shaklee (Vitalea, Vita C, B Complex, Omega Guard, dan Ostematrix since Fatin memang jarang sangat minum susu) 



Alhamdulillah disepanjang kehamilan saya berjaya puasa penuh di bulan Ramadhan, dan walaupun tengah sarat mengandung Fatin dapat melatih anak sulung Fatin untuk potty training yang waktu itu dia hanya berumur 2 tahun. Melatih anak potty trainning bukan satu kerja yang mudah tau, memerlukan persediaan mental dan fizikal seorang ibu untuk kuat


Set Hamil Shaklee tersebut sangat bantu Fatin untuk kekal bertenaga cergas dan bonusnye mampu memberikan kulit wajah yang bersih dan sihat. Ingat lagi waktu kehamilan anak pertama dulu, memang badan terasa letih yang amat. Kalau ada masa je mesti nak tidur atau baring walaupun di office tau. Kulit wajah pulak kusam tak bermaya.


Dan paling happy, rasanya semua orang akan happy kalau setiap kali check up:

✓ Tiada kencing kotor
✓  Hb cantik (dulu Fatin selalu ada masaalah hb low tau)
✓ Berat naik cantik

Sampai lah ke saat melahirkan. Fatin masih rasa sihat dan bertenaga. Pagi tu, walaupun dah keluar tanda, tapi masih boleh bertahan dengan mild contractions, siapkan makan pagi anak, tolong umi di dapur, mandikan anak. Sehinggakan proses bersalin kali ni pun sangatlah mudah dan cepat. Doctor di hospital pun terkejut tau 😂


“Eh, awak bukan yang saya baru admit masuk wad tadi ke?” Doctor terkejut tengok Fatin dah selamat lahirkan anak, sebab sejam sebelum dia admit Fatin dalam wad, bukaan 3cm


Kalau sebelum ni, selepas keluar tanda, sakit kontraksi memakan masa berjam-jam. Penat melayan kontraksi tu hanya Allah sahaja yang tahu.


Tapi kali ini, sakit kontraksi berlaku sangat sekejap. Sejurus sampai ke hospital, doktor cek bukaan serviks dah 3 cm. Doctor tak benar kan pulang, dan admit wad. Sebab banyak lagi nak ke fully bukaan tu. Tapi nak jadi cerita, 15minit di wad, Fatin dah rasa tak sedap sebab contraction kuat sangat (gagahkan diri juga solat zohor waktu tu) selepas solat, minta doc check bukaan dah 8cm. Terus kelam kabut semua doctor dan nurse tolak terus ke Labour Room. Sedang nurse & doktor buat persiapan untuk sambut baby, saya terus rasa nak meneran. Doktor cuba cek bukaan serviks, kepala baby memang dah dibawah.


Dengan 2 kali push sahaja, Fatin selamat melahirkan baby girl yang sangat comel. Kulit baby sangat halus mulus, putih merah. Doktor pun puji, uri cantik, luka perinium sangat minimal dan proses jahitan sangat mudah. Alhamdulillah, nak kata senang mudah bersalin tu, sampaikan suami Fatin sendiri tak dapat nak teman. Sampai je dia di labour room, Fatin dah selamat dah bersalin, hehe.


Baby pun sangat baik. Disebabkan susu badan saya dah mula mengalir sejurus melahirkan, baby terus tidur kekenyangan. Alhamdulillah.

—🍃

Ada apa dengan Set Hamil Shaklee?



1. ESP-energizing soy protein :

• Protein untuk kuatkan rahim dan galakkan pertumbuhan sel2 baru pada janin.
•Protein soya untuk membekalkan tenaga dan baiki sel-sel rosak.
•Ramai customer yang 'declare' kulit baby jadi halus dan gebu bila ESP diamalkan ketika mengandung.


2. B Complex :

•Kandungan asid folik penting untuk perkembangan saraf, sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang-tulang bayi.
•B comp untuk control mood ibu hamil.


3.Vitamin C :

•Penting untuk imunisasi dan penjagaan kulit. Dan membantu penyerapan Iron dalam badan.
•Perubahan hormon ketika mengandung, mungkin ada ibu-ibu mengandung mengalami kulit berjerawat, kulit kusam dan sebagainya. Walapun Vitamin C juga bersifat antioksidan, tetapi kadar antioksidannya tidak lah setinggi Vitamin E dan A. Boleh diambil oleh ibu-ibu mengandung.


4. Vita-Lea with iron formula
:

•Mengandungi semua kandungan vitamin dalam jumlah yang kecil. Diformualsikan bersama iron untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah. Dan lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral
•Bagi sesiapa yang mengalami masalah low Hb, sangatlah digalakkan mengambil Vitalea ini.


5. OsteMatrix :

•Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
•Kalsium sangat penting untuk ibu mengandung kerana ketika mengandung, kalsium diserap oleh baby. Kerana itulah gigi sakit/rosak, simpul mengkarung dan lain-lain lagi.
•Yang paling penting masa nak meneran baby keluar kerana memerlukan sepenuh tenaga dan kudrat sampai bagi effect pada tulang-tulang dan urat-urat ibu. Oleh itu, pastikan kalsium diambil untuk mengelakkan dari tulang cepat reput.


6.OmegaGuard :

•Ini biasa diambil pada trimester 2 dan 3 bagi perkembangan mata dan otak baby serta untuk kawal kandungan gula dalam badan si ibu ( elak diabetes semasa hamil)

 

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan berkhasiat sepanjang kehamilan adalah kunci utama kepada :

✓ Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
✓ Perkembangan bayi yang sihat
✓ Pencegahan baby dari mendapat jaundice.


Kepada ibu-ibu yang hamil, Fatin sangat syorkan awak untuk dapatkan Set Hamil Shaklee awak hari ini! Fatin sendiri telah merasai perbezaannya. InshaaAllah jika diberi rezeki kemudian hari, Fatin akan tetap memilih Set Hamil Shaklee sebagai supplement sewaktu hamil Fatin.

"Kehamilan menggembirakan, melahirkan bayi yang sihat"

Percayalah bahawa emosi ibu sewaktu hamil akan mempengaruhi tumbesaran janin didalam kandungan dan akan juga memberi kesan kepada emosi bayi.

Moga perkongsian Fatin ini bermanfaat dan Fatin nak mintak kawan-kawan doakan moga Fatin dapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com

—🍃

Macam mana nak dapatkan Set Hamil Shaklee

Jika awak mahu kehamilan yang menggembirakan dan melahirkan bayi yang sihat, awak boleh cuba Set Hamil Shaklee ini. 

Hubungi Fatin, Pengedar Shaklee Putrajaya sekarang, di nombor berikut, 017-9208293.

Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin Shaklee yang paling tepat untuk awak, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Fatin. Selain itu, Fatin juga akan kongsikan jadual waktu makan kepada awak, yang boleh membantu awak untuk mendapatkan vitamin dan nutrisi yang secukupnya.

Fatin menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Putrajaya dan Bangi dan Kajang

Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Fatin boleh pos terus ke alamat anda. Okay. Till then, Assalamualaikum.

Awak mungkin meminati koleksi testimoni shaklee saya :



Love,
FN

Pengedar Shaklee Putrajaya
Pengedar Shaklee Bangi
Pengedar Shaklee Kuala Lipis
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023




Post a Comment

0 Comments