Pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya

 

Pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya

Assalamualaikum dan Hai!

Okay, hari ni Fatin nak share dengan awak pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya sewaktu melahirkan anak sulung dulu. Excited, nervous, semua ada. Yelah anak sulungkan mana taknye, dengan tak de pengalaman lagi. 

Sebelum decide nak bersalin di Hospital Putrajaya ni, adalah jugak Fatin risik risik hospital lain means hospital swasta, alamak bila tengok harga hanya mampu senyum je. Yelah sape tak nak kan duduk hospital lepas bersalin nak ada peneman yang boleh teman, then nak layanan yang okay, sebab kan ramai khabar angin yang orang selalu sebarkan layanan nurse dan doc di hospital kerajaan ni semua garang-garang.

Hospital Putrajaya

Lepas fikir macam tak berbaloi pulak bersalin di hospital swasta, bersalin normal dah 4k, tu pun belum tambah apa-apa sewaktu nak bersalin contoh macam epidural ke, then if terpaksa guna forcep ke nak keluar baby, haa tu semua kos asing. Then, Fatin terjumpa pakej FPP. Pakej ni tak semua hospital yang ada. Awak boleh klik detail tentang pakej FPP ini. Nak jadi cerite, time tu kandungan dah masuk 7 bulan. Fatin call la Hospital Putrajaya nak ambik pakej FPP ni. SubhanaAllah, dah penuh! Erm melepas la. Rupenye orang dah book sewaktu kandungan 3-4bulan lagi untuk pakej FPP ni. To be honest, pakej FPP di Hospital Putrajaya tersangatlah murah! cuma 1k lebih sahaja. Dapat bilik sorang, suami/penjaga boleh teman lagi malam-malam.

Ni la wad FPP tu, cantik kan? Berbaloi sangat, sangat recommended

Jadinya, Fatin terpaksalah mengalah bersalin di hospital kerajaan sahaja iaitu di Hospital Putrajaya sahaja. Time ni dah redha je, tak pelah hospital kerajaan pun janji selamat.

Tapiiii...jangkaan tu meleset. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. layanan memang tip top sangat di Hospital Putrajaya. Tidak seperti yang digempar gempur kan. Allah Maha Penyanyang, nurse doctor semua baik baik. Alhamdulillah Fatin dapat bilik katil dua, memang sangat selesa dan toilet pun sebelah katil sahaja. Senang sangat.


wad katil dua pun okay je not bad. Sangat selesa.
 Kalau private pun lebih kurang macam ni kan

Bersalin anak sulung, alhamdulillah tidak mengalami komplikasi apa-apa. Jadinya sekejap sahaja kat hospital, heee tak sampai pun 24 jam. Jadinya tersangatlah jimat, tambah boleh guna GL suami. Selamat duit 4k. fuh!

Kalau awak tanya Fatin, Fatin memang highly recomended bersalin di Hospital Putrajaya. Sebanarnya ada banyak lagi hospital kerajaan yang okay dan selesa mengikut pengalaman kawan-kawan Fatin. Apa pun pilihan ditangan awak. Fatin harap perkongsian Fatin pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya dapat membantu awak.

Signing off,

with love,

FN

Pengedar Shaklee Putrajaya
Pengedar Shaklee Bangi
Pengedar Shaklee Kuala Lipis


Post a Comment

0 Comments