Tips mudah masak jimat dan sedap untuk Hari Raya Open House

 

Tips mudah masak jimat dan sedap untuk Hari Raya Open House


Assalamualaikum dan Hai!

—🍃

Menjamu tetamu , mengeratkan silaturrahim

Hari ni Fatin nak kongsi dengan awak semua satu aktiviti yang mampu dan boleh mengeratkan hubungan sesama saudara, kenalan dan jiran tetangga. Haa apatu??

Menjamu makan!

Hehe, mesti awak pelikkan kenapa Fatin cakap menjamu. Sedangkan memasak ni adalah satu perkara yang renyah. Yelah nak menyiang, mengopek, membasuh, mengoreng lagi, haih memang banyak betul benda yang nak dibuatnya kan? Mau berpeluh dan badan akan bau bawang bawangan. Lagi-lagi nak menjamu ramai orang.

Kalau nak order catering atau upah masak sangat lah kos tinggi kan, sedangkan kite nak happy happy menjamu tetamu. Bagi Fatin bila kite dapat menjamu orang makan, MashaaAllah seronoknye perasaan tu.


Macam mana tak tau nak cakap seronoknye bila kite dapat gembirakan orang ni kan? Awak boleh bayangkan tak? Sambil makan sambil berborak tanya khabar.

To be honest banyak sangat kelebihan bila kite menjamu orang makan.

Berkata Saiyidina Ali r.hu;

“Jika aku dapat mengumpulkan rakan-rakanku atau satu sha’ dari makanan, lebih utama lagi bagiku daripada aku memerdekakan seorang hamba sahaya.”

Saiyidina Ibnu Umar r.huma pula berkata;

“Antara tanda kemuliaan seseorang ialah makanannya ketika dalam pelayaran dan tidak lokek memberikannya kepada rakan-rakannya.”

Apabila kite menjamu orang makan, secara tak langsung, tanpa menyuruh orang tersebut mendoakan kite. pasti Allah akan bagi rezeki yang luar biasa. Allah bagi keluarga bahagia. Allah tak bagi kaya tetapi Allah bagi senang. Bila kita gembirakan orang kerana Allah, Allah akan gembirakan kita.

Haa, lagi lagi musim raya ni, bila kite buat open house waktu ini lah kite nak bertemu sanak saudara , sahabat handai dan jiran tetangga yang dah lama tak bercakap untuk mengeratkan kembali silaturrahim.

 —🍃

Masakan simple, menjadi ingatan

Mesti ada diantara kite yang memang suke sangat kalau nak menjamu orang makan sempena open house hari raya ni kan. Tapi ye lah, nak memasak tak cukup kaki tangan dengan nak melayan karenah anak, nak order makan budget besar, lagi-lagi ekonomi tengah gawat.


Fatin nak berkongsi cerita mak cik Fatin. Waktu hari raya ke-2 hari tu mak cik Fatin ada buat open house untuk sanak saudara datang. MashaaAllah Tabarakallah. Makanan semua sedap-sedap.

Bila tanya tempah ke, dia cakap tak! Masak sendiri je. Semua masak sendiri tau. Memang kagum lah. Dah la anak ramai kecik kecik lagi. Semua bersekolah. Dan paling kecik pun dalam 2 tahun macam tu.

Hehe.

Tapi macam mana nak masak dengan gembira? tanpa penat dan renyah di dapur? Haa, mak cik Fatin spill the tea!

Dia guna Pes Masakan Berkat! Mudah sangat dia cakap. Cuma perlu campak-campak je. Tak perlu dah nak potong bawang, nak blend apa semua. Semua dah siap. Tinggal masukkan ayam/daging/udang/dll . Senang kan? Lelaki pun boleh masak. Tak perlu risau kalau masakan tersebut tak sedap ke apa. Sebab confirm sedap. Dannnn dah tak perlu tambah gula atau garam.


Haaa, senang ke tak? Kalau awak nak try dapatkan Pes Berkat mudah masak, boleh je klik ini nak pes berkat.

 —🍃

Islam itu indah dan mudah

Jamu orang makan ini, tak semestinya kena Briyani, tetapi biskut cicah teh pun dikira menjamu. Tapi yelah kite mesti nak sediakan yang terbaikkan buat tetamu.

Gemar memberi makan kepada orang lain kelak akan memperoleh naungan pada hari perhitungan amal. “Tiga perkara siapa pun yang ada padanya, kelak akan dinaungi oleh Allah di bawah arasy-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu, berwuduk pada waktu cuaca dingin, mendatangi masjid meskipun gelap dan memberi makan orang yang kelaparan.” (Hadis Riwayat Abu Muslim al-Ashbahani).

Semoga Allah mengurniakan kite sifat mulia seperti ini juga. Amin.

Sebelum mengakhiri entry kali ini. Suka untuk Fatin ingatkan sesama kite untuk jaga adab sepanjang berkunjung kerumah orang. InshaaAllah jika kite jaga adab, perkara yang tidak diingin mungkin dapat di elakkan.

Jika awak nak dapatkan produk Shaklee, atau ada sebarang pertanyaan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di 017-9208293. Okay. Till then, Assalamualaikum.

Awak boleh juga baca : Kisah Hari Rayaku lebih bermakna dengan Shaklee

Jom baca apa kata kawan Fatin tentang : Tips open house

with love,

FN

Pengedar Shaklee Putrajaya

Pengedar Shaklee Bangi

Pengedar Shaklee Kuala Lipis


#nextlevelblogging

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

Post a Comment

3 Comments

  1. wah!! boleh cuba ni pes.. mcm senang jer .. macam cepat jer ..mesti sedap pes ni

    ReplyDelete
  2. Ohh wow....love these tips here as I'm learnt to do the same for my CNY open house , thanks for this. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  3. Akak baru tahu tentang pes ni. Banyak juga jenis-jenis pes yang ada. memang mudhlah nak masak camni

    ReplyDelete