5 kerja dari rumah untuk ibu dengan bayaran yang lumayan

5 kerja dari rumah untuk ibu dengan bayaran yang lumayan

 

Assalamualaikum and Hai!

--- 🍃

Awak semua masih ingat lagi bagaimana Malaysia sewaktu dilanda Covid 19 dan semua diperintahkan untuk berada dirumah. Dan bermula dari situlah orang ramai mula kenal dan berjinak dengan kerja dari rumah. 


Mana taknya. Semuanya boleh buat dari rumah. You list it!

  • Meeting
  • Siapkan report
  • Follow up
  • Monitoring project
  • Belajar
  • Mengajar
  • Marketing


Haa, banyakkan. Ini membuktikan bahawa ibu-ibu boleh jana pendapatan dari rumah. Menjadi seorang ibu bukan lah satu tugasan yang mudah kerana terdapat situasi dimana terdapat ibu ibu yang perlu tinggal di rumah (stay at home mom), untuk membesarkan anak anak dan melakukan kerja-kerja rumah.


Tidak dinafikan juga ianya memang penat, namun ada juga ibu ibu yang ingin menjana income sendiri bagi membantu suami , dan berusaha menaik taraf hidup keluarga. PKP tersebut mengajar kite bahawa ibu ibu boleh jana pendapatan yang lumayan dari rumah sambil menjaga anak.


Awak mungkin meminati : How To Be Successful Businesswomen While Taking Care Of Your Own Child?

--- 🍃

5 Jenis Kerja Dari Rumah Untuk Ibu Dengan Bayaran Yang Lumayan


1. Menulis Transkrip


Untuk para ibu yang ada kemahiran menaip laju dan pemahaman dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik, awak boleh mencari pekerjaan di platform Indeed, Linked atau boleh mohon di TranscribeMe.


Apa yang untuk nye? Ada beberapa tugasan yang dibayar dalam mata wang asing seperti dolar Amerika Syarikat. Sebagai contoh kalau dalam dolar AS$24, jika ditukar kepada mata wang Malaysia RM102.53 untuk satu job. Untungkan?


2. Penterjemah


Untuk para ibu yang ada kemahiran pelbagai bahasa, termasuk menulis, membaca dan bercakap, awak boleh cuba pekerjaan sebagai penterjemaah dari rumah. Awak boleh cari pekerjaan di Indeed atau Linked.


Selalunye tugasan penterjemah ni macam terjemahkan fail audio atau dokumen bertulis dari satu bahasa kepada bahasa lain untuk pelanggan. Bayaran selalunye bergantung kepada kesukaran tugasan dan bahasa yang diperlukan. Dalam range antara AS$15 (RM64.08) hingga AS$1,000 (RM4,272).


3. Pereka Grafik


Kalau 2 kerja dari rumah yang saya kongsikan kat atas macam tulis tulis macam tukan. Yang ke 3 ni pulak awak perlu ada kemahiran dan pengetahuan dalam bidang reka design grafik. Selalunya pereka grafik ni menggunakan Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop.


Tapi awak jangan risau, dunia teknologi sekarang makin canggih. Adanya platform Canva yang boleh bantu awak untuk buat grafik yang sangat mudah. Dengan syarat tahu basic macam mana nak guna Canva!


Namun awak mesti beringat supaya design awak tu mestilah mengikut cita rasa pelanggan dan bayaran pula bergantung kepada saiz dan tahap kessukaran.


4. Editor, penulis dan pembaca pruf (proofreader)


Pekerjaan dari rumah yang ke 4 ni sangat sesuai bagi ibu-ibu yang ada background sebagai guru bahasa atau mempunyai pengalaman dalam bidang ini.


Pada kebiasaannya, awak perlu menyemak dokumen dan melihat sama ada hujah yang dibentangkan bersesuaian dan jika terdapat maklumat yang diperlukan mencukupi.


Bukan itu sahaja, awak juga perlu menyemak struktur ayat dan pemilihan perkataan dan ejaan yang betul. Selalunya syarikat-syarikat besar perlukan untuk menulis dan menyunting kandungan dan kebayakkannya adalah fleksibel dari segi masa dan tarikh penghantaran.


Kalau awak berminat boleh cari tawaran sebagai penulis dan penyunting bebas di Indeed dan Linked.


5. Berniaga dari rumah dan Content Creator


Kalau ibu ibu rasa senarai yang saya kongsikan dari no 1 hingga no 4, kerja dari rumah. Ibu boleh cuba yang ke 5 iaitu berniaga dari rumah dan menjadi content creator.


Kalau dulu pekerjaan ni dilakukan secara langsung dari rumah ke rumah. Namun dengan adanya teknologi terkini, internet dan laptop. Semunya boleh dibuat dari rumah sahaja. Ini pengalaman saya sendiri yang dah 1 tahun setengah terpaksa berniaga dari rumah untuk menjana pendapatan yang lumayan.




Business yang saya ceburi ini hanyalah bermodalkan RM35 sahaja! dan saya hanya perlu mengiklankan sahaja tanpa perlu pegang stock dan membuat postage. Kalau nak buat part time pun boleh! Yang paling best, ianya tidak menganggu jika saya perlu pergi bercuti bersama keluarga kerana saya boleh access dimana-mana.


Bila mana awak dan ada satu business online, means awak dah ada satu niche yang awak boleh spread awereness kepada orang ramai. Secara tak langsung awak boleh jadi content creator. Banyak syarikat-syarikat yang nak bekerjasama dengan content creator untuk spread the awereness.


Awak mungkin meminati : 

3 Tips nak jadi produktif bila kerja dari rumah

9 sebab kenapa komuniti business Shaklee sangat best

Pengalaman Business Online tanpa modal dan menguntungkan

Tawaran insentif khas Shaklee kepada semua ahli Shaklee

--- 🍃

Nak Fatin bantu awak?



Jika awak mahu hubungi Fatin, Pengedar Shaklee Putrajaya boleh save nombor berikut, 017-9208293.


Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin dan skincare Shaklee yang paling tepat untuk awak, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Fatin. Selain itu, Fatin juga akan kongsikan jadual waktu makan kepada awak, yang boleh membantu awak untuk mendapatkan vitamin dan nutrisi yang secukupnya, dan juga skincare yang tepat.


Fatin menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Putrajaya dan Bangi dan Kajang


Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Fatin boleh pos terus ke alamat anda. Okay. Till then, Assalamualaikum.


Love,
FN


Pengedar Shaklee Putrajaya
Pengedar Shaklee Bangi
Pengedar Shaklee Kuala Lipis
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Post a Comment

0 Comments