Pengalaman Business Online tanpa modal dan menguntungkan

Pengalaman Business Online tanpa modal dan menguntungkan


 Assalamualaikum dan Hai!

—-🍃

Business dengan saya berpisah tiada.

Okay, hari ni Fatin nak bercerita satu topik yang banyak membantu Fatin sehingga ke hari ini. Iaitu Business Online. Ada tak di kalangan pembaca blog Fatin ni buat business online? Fatin ni memang jenis dari sekolah lagi suke meniaga-meniaga ni. Dulu time sekolah Fatin join kelab usahawan muda. Jadinya setiap petang memang akan bukak kiosk. Kami masak sendiri then, jual kat pelajar-pelajar. Bila hujung bulan, kira berapa untung dapat then bahagi dengan semua kelab usahawan muda. Hehe seronok sangat!! Bila ada je event kami akan rebut peluang jugak bukak booth. Menggamit memori betul zaman sekolah dulu.

Haa tu zaman sekolah, masuk zaman universiti pulak try jual handsock. Dulu memang viral lah handsock yang macam-macam design tu. Alhamdulillah habis jual, tapi untung tak delah banyak sangat. Plus, memang Fatin bawak kemana-mana je handsock tu untuk habiskan jualan. Yelah sebab ambik stock kan. Tak nak la simpan bawah katil macam tu. Then, bila lama tak aktif, mereka akan reject terus dari sistem dropship.

Time tu semangat berkobar hehe, ye la modal rendah je. 

Masuk pulak alam pekerjaan. Walaupun bekerja dan gaji pun okay la time tu untuk sara hidup sorang siap boleh bagi parents dan adik adik duit lagi, tapi naluri nak berniaga tu masih ada. Hehe, Fatin ni memang tak boleh duduk diam. Mula lah buat niaga Imaan Face Wipes, tapi stop jugak sebab kene ambik stock. After that jual Magic Blue Deodarant, yes sistem dropship, tapi tak teruskan sebab sistem tak sistematik. 

Ni pun shoot sendiri sebab nak poster lawa-lawa

Haa, yang ni paling berani ambik risiko. Keluarkan modal sendiri buat tudung jenama sendiri konon nak jadi founder (besar betul cita-cita waktu tu). Huuhuu, tapi tak boleh nak diteruskan sebab susah semua kene buat sendiri sorang-sorang. Shoot sendiri, edit sendiri, fikir idea marketing sendiri. Haa semua sendiri lah.

Ni la my first and last brand yang Fatin buat. Konon nak jadi founder. hehe

—-🍃

Business Online Shaklee tanpa modal

Macam mana Fatin boleh start dengan Business Online Shaklee ni? Actually memang sebelum ni Fatin adalah consumer untuk Shaklee dan dapat effect yang sangat memberangsangkan for my skin and body weight. Then terbaca "Kit Shaklee" rupanya bila jadi member ni dah boleh terus buat business tanpa keluarkan modal lagi. MashaaAllah jiwa meniaga tu kuat betul kan. heehee. Fatin pun direct contact my upline cakap nak join business macam mana. BismillahiMashaaAllah, terasa rugi sangat!!! Haa rugi apa tu? Rugi tak join dari awal, 

Meh nak cerita kenapa rasa rugi giler tak mula dari awal Business Online Shaklee:

 1- Tak perlu pegang stock, semua di website Shaklee 

Website Shaklee sangat user friendly, anything info yang Fatin nak semua ada dalam website. Tinggal klik dan baca!, Paling istimewa website shaklee ada BOT, so that kite boleh order anything through the website, trace traking number, boleh juga terus register ahli yang nak register di bawah kite. Dan paling Fatin suka adalah boleh tengok dari masa ke semasa berapa bonus yang kite akan achive untuk bulan tersebut. jadinya kite boleh planning berapa lagi nak achive target.

Bila semuanya dalam website, jadinya senang nak access dimana-mana. Hanya perlu handphone dan internet. Tak perlu nak bawak segala macam file kemana-mana kan? Tambahan stock pun tak perlu pegang, semua shaklee akan postkan

2- Online meeting syarikat dgn leaders

Shaklee tidak mengabaikan semua para distributornye. Setiap bulan akan ada MASTERS FORUM, jadi Shaklee akan direct beri info kepada semua para Masters. Mereka juga akan adakan discussions, cara promosi dan lain lain. Semua leader akan cascaded down efficiently kepada semua para downlines.

Shaklee pun ada sediakan bahan bahan buat semua para distributor, semua dihujung jari

Selalunya leaders akan guide semua para downline what to focus on that months, apa startegi marketing yang nak digunakan dan akan sediakan semua bahan-bahan marketing untuk digunakan sepanjang bulan tersebut. Bestkan? kite tinggal ambik dan post sahaja. Dan tak delah kite buat syok sendiri dan membuta tuli je.

3- Marketing semua platforms dibenarkan secara percuma 

Awak boleh iklan Business Online Shaklee di semua platform media social IG, fb, blog, tiktok, twitter dgn rules ditetapkan. Tapi e-commerce is not allowed. Kenapa e-commerce is not allowed? Ini kerana Shaklee sangat menjaga kualiti produk. Dan adil kepada semua para distributor tidak kira level apa.

To be honest, Fatin tak pernah bayar influencer untuk promotekan Shaklee untuk business online ni, atau buat ads. Ini kerana produk Shaklee ini memang high demand. Orang akan cari dimana-mana. Bila produk high demand memang mudahlah kite nak business online kan.

4- Continuous Learning online

Selain dari fokus kepada keuntungan Business Online. Shaklee sentiasa komited untuk memastikan semua para distributor mengikuti kelas kelas produk, kelas sales, dan sentiasa ada motivation dan spiritual dari para leader.

Antara kelas yang diajar kepada semua distributor. Dan paling best kelas ni percuma tau

5- Sesuai dengan sesiapa sahaja.

Kenapa Fatin cakap sesuai dengan sesiapa sahaja? Sebab awak tak perlu pun nak keluar rumah nak meet-up ke, nak pergi postage ke, nak jumpe leaders atau downline ke, semuanya boleh dibuat online. 

Students boleh buat business online ini dari kampus, tanpa menggangu waktu pdpr. Suri rumah boleh buat business online dari rumah tanpa mengabaikan anak-anak. Yang bekerja? Pon bolehhh, bila mana waktu lapang atau pada waktu malam boleh update business online. Haa semuanya di hujung jari kan?

Ni Fatin discussion online dengan my leaders. Macam-macam kami talk time ni. Sambil jaga anak boleh je meeting ni.

Awak boleh baca juga : 9 sebab kenapa komuniti business Shaklee sangat best

Hmm, macam mana? awak dah baca kan pengalaman Fatin? Pengalaman business online Fatin ni sangat memberi pengajaran kepada Fatin. Memang taubat nasuha dah tak nak lagi keluarkan modal untuk buat business.

Dan kenapa Fatin nak stick kepada Business Online Shaklee adalah, business online Shaklee ini boleh diwarisi kepada anak cucu. jadinya walaupun suatu hari nanti Fatin dah tak de. Anak, cucu Fatin boleh teruskan sahaja dengan apa yang Fatin dah usahakan sekarang. Tak perlu bermula dari zero. Alhamdulillah.


Kalau awak berminat untuk join Fatin, awak boleh register sebagai ahli shaklee under Fatin : Cara menjadi ahli

Awak mungkin boleh baca ini : Kawan Fatin , Aisyah ni dah 10 tahun tau buat Business Online dengan Shaklee. Jemput baca kenapa boleh sampai 10 tahun tu.

Jika awak ada apa-apa persoalan, boleh je direct contact Fatin. Tekan no ini 017-9208293


with love,

FN

Pengedar Shaklee Putrajaya

Pengedar Shaklee Bangi

Pengedar Shaklee Kuala Lipis

#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Post a Comment

2 Comments

  1. seronok baca pengalaman bisnes dan itulah yang membantu meningkat semangat untuk terus berjaya, semoga fatin sukses dalam bisnes inshaallah

    ReplyDelete