9 Tips mula bisnes online yang selamat dan berkesan

9 Tips mula bisnes online yang selamat dan berkesan

 

Assalamualaikum dan Hai!

—🍃

Sekiranya awak baru nak mula berjinak dalam dunia bisnes online, lihat dahulu 9 tips yang saya kongskikan ini supaya bisness online yang bakal awak join nanti selamat.


Saya kongsikan ini 9 tips mula bisnes online ini kerana, sudah ramai yang di scam oleh para founder dengan menjadi ejen produk mereka. Akhirnya, modal tak dapat, untung lagi la hauk. Yang seksanya adalah kite sendiri. Dari nak tambah income menjadi berkurang income.


Jadi kite tak nak perkara tersebut berlaku. Maka mari kite lihat 9 tips mula bisnes ini.


Awak mungkin meminati : 5 kerja dari rumah untuk ibu dengan bayaran yang lumayan

—🍃

1. Kenalpasti bisnes online yang ingin dilakukan


Sebelum awak membuat keputusan awak mesti selidik sehabis baik bisnes yang awak berminat tersebut. Nak seledik apa ye?

  • Jenis bisnes yang nak dibuat. Apa niche
  • Berapa yuran pendahuluan
  • Perlu ambil stock atau tidak. Jika perlu berapa minimum. 
  • Bagaimana sistem busines online tersebut
  • Terdapat mentor yang akan bimbing atau tidak
  • Bagaimana profit yang akan diperolehi, secara tunai, cek atau debit. 
  • Bila keuntungan akan diberikan
  • Jika tidak aktif bagaimana status keahlian
  • Bisnes patuh syariah atau tidak
  • Bisnes flexible atau tidak

Tujuan selidik ini dibuat adalah untuk pastikan bisnes yang bakal awak lakukan nanti sah dan boleh bertahan lama. Baru seronok rasa macam pekerjaan yang hakiki


2. Internet


Bila sebut bisnes online/perniagaan atas talian. Maka perkara yang wajib ada adalah internet. Tak perlu banyak gigabyte pun. Cukup dua syarat iaitu:
  • Laju dan unlimited
  • Boleh digunakan dimana-mana

3. Ilmu


Tak kesah bisnes apa yang awak nak lakukan tapi semua mesti dengan ilmu. Orang cakap tak pe tak pandai, jual je. Ops, ini salah sama sekali tau. Tanpa ilmu semua akan menjadi sia sia dan membazir masa, tenaga, dan wang ringgit tanpa hasil.

Ilmu apa yang pelu ada?
  • Ilmu pemasaran
  • Ilmu bisnes
  • Ilmu servis
  • Ilmu produk
  • Dan ilmu lain lagi

4. Medium bisnes


Bila dah buat keputusan nak bisnes, dah pastikan produk yang nak jual tu bagus. Jadi next perlu akaun di media sosial untuk buka kedai online awak. jangan malu malu nak buka kedai online. Nama lagi kedai atas talian/busines online. Haruslah wajib ada kedai di media social.


Awak boleh buka kedai di pelbagai media social dan lebih dari satu.
  • Instagram
  • Facebook
  • TikTok
  • Twitter
  • Threads
  • Google My Business

Dengan adanya akaun media ini, mudah untuk awak spread awareness tentang kedai awak dan manfaat yang akan dapat melalui produk tersebut


5. Tanpa modal / modal rendah



Ini sangat penting untuk awak yang baru pertama kali nak mula bisnes online kerana awak belum pasti lagi bagaimana potensi bisnes tersebut dengan diri awak walaupun tanpa perlu membuka atau menyewa premis. Ianya tetap berisiko.


Bayangkan kalau awak keluarkan modal ratusan atau ribuan, tapi bisnes tersebut tidak dapat berjalan, stock yang ada dimasukkan dalam stor rumah / bawah katil dan ini menyebabkan awak rugi.


Kalau awak nak tahu, banyak je bisnes yang mula dengan modal yang rendah, antaranya :
  • Dropship
  • Jual barang pre-loved
  • MLM seperti Shaklee yang hanya RM35


6. Tidak pegang stock



Jika terdapat bisnes yang tidak perlu pegang stock sangat di galakkan kerana untuk permulaan awak tidak digalakkan pegang stock yang banyak pun.


Untuk permulaan yang paling utama yang perlu awak lakukan adalah dapatkan kepercayaan kepada awak dan produk. Bila dah bina bonding mudah untuk awak kembangkan bisnes online awak.


7. Mentor



Adanya seorang mentor didalam suatu bisnes yang dilakukan adalah satu bonus. Mentor akan memberi tunjuk ajar dan selok belok bagaimana untuk jana income.


Mentor yang dimaksudkan adalah individu yang aktif, sentiasa positif, rajin, bersemangat dan telah berjaya didalam bisnes online tersebut.


Dengan adanya mentor ini, dapatlah awak sebagai mantee untuk terus bersemangat dalam bisness online dan tidak mudah mengalah kerana mentor akan sentiasa ada dan memberi tunjuk ajar disetiap permasaalahan yang dihadapi.


8. Database



Apa gunanya database ini? Database ini sebagai rekod awak untuk sebarkan awereness tentang produk bisness online awak.

Awak boleh rekod :
  • transaksi
  • sebarkan promosi
  • info info terkini
  • servis selepas jualan

Database ini memudahkan urusan menjadi cepat dan efisen.


9. Rajin 



Ilmu dah ada, media sosial dah ada, pendek kata tips dari no 1 - no. 8 semua awak ada. Tapi tips yang ke 9 ini adalah kunci kepada semua tips di atas, iaitu RAJIN.


Bilamana rajin barulah pelanggan atau prospek akan sedar akan kewujudan awak. Dan bilamana mereka lihat produk tersebut walaupun orang lain yang iklankan, tapi disebabkan kerajinan awak yang sentiasa kreatif dalam membuat iklan, mereka akan ingat awak dan mencari awak.


Mentor saya beri tahu, jangan lihat kepada hasil, tapi lihatlah kepada kerajinan dan konsisten awak dalam bidang tersebut. Keberhasilan itu akan datang. Yakinlah Allah akan memberi setiap hambaNya ganjaran setimpal dengan kerajinannya.



—🍃


Nak Fatin bantu awak?


Jika awak mahu hubungi Fatin, Pengedar Shaklee Putrajaya boleh save nombor berikut, 017-9208293.


Dapatkan juga konsultasi tentang vitamin dan skincare Shaklee yang paling tepat untuk awak, serta tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada Fatin. Selain itu, Fatin juga akan kongsikan jadual waktu makan kepada awak, yang boleh membantu awak untuk mendapatkan vitamin dan nutrisi yang secukupnya, dan juga skincare yang tepat.


Fatin menyediakan khidmat untuk COD Shaklee bagi Putrajaya dan Bangi dan Kajang


Untuk di luar kawasan ini, usah risau. Fatin boleh pos terus ke alamat anda. Okay. Till then, Assalamualaikum.


Love,
FN


Pengedar Shaklee Putrajaya
Pengedar Shaklee Bangi
Pengedar Shaklee Kuala Lipis
#nextlevelblogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Post a Comment

0 Comments